TENTANG KAMI

 

Ditubuhkan pada 2020, KT KOOL Tint Specialist merupakan salah satu perintis Bumiputera Melayu dalam industri pengkhususan dalam filem penapis haba.

Kami Adalah Pakar Tint Kereta

Diasaskan oleh anak muda Kelantan, KT KOOL Tint Specialist telah berkembang jauh daripada sebuah syarikat kecil dengan hanya dua pekerja, kepada mempunyai beberapa cawangan disekitar negeri Kelantan.

Pada 2020, pengasas mempunyai visi untuk memulakan sebuah syarikat di mana beliau boleh menyediakan perkhidmatan pemasangan untuk filem tingkap pada kos yang berpatutan, dan memberi peluang kepada orang lain untuk memulakan kerjaya. 

Mencapai 2023, kami telah membuka 6 cawangan dan masih berusaha untuk menambah lebih cawangan pada masa akan datang. 



Nilai Teras Kami

Misi

Untuk menjadi jenama besar syarikat filem penapis haba di Malaysia dan membantu lebih ramai usahawan dalam bidang automobil. 

Visi

Untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan membina jenama KT KOOL Tint Specialist ke tahap yang lebih tinggi. 



Dapatkan Pemanduan Yang Selesa Tanpa Silau

Kami mempunyai pasukan pekerja keras yang luar biasa yang sentiasa memberikan 100% kepada semua projek yang telah kami lakukan dan bekerja secara berkumpulan ke arah satu matlamat yang sama.